27 December 2013

Muhammad Anas Zikri.Dalam Kenangan...


Mengimbau kembali apa yang berlaku sekitar Mei 2012..
Iaitu..
Kes Arwah anak pertama saya (lelaki), Muhammad Anas Zikri ketika berusia 7 bulan. Arwah mmg sentiasa ceria ketika hayatnya, tidak pernah meragam. Memang senang nak dijaga. Berkulit putih kemerah-merahan, sangat aktif.

Saya ada sedikit perkongsian tentang Severe Head Injury.

Cerita bermula... Pada pagi kejadian, sebelum arwah didapati sawan dan tidak sedarkan diri, arwah bangun lewat(sekitar 7.00, sehinggakan dikejutkan) tidak seperti biasa bangun awal sekitar jam 6.00 pagi. Hantar ke rumah pengasuh sekitar jam 7.30 pagi. Dia kelihatan pucat, nampak letih/tidak bermaya, senyap dan hanya memandang sayu dan tepat pada kami. Pandangan saya mmg pelik pada masa tu. Seolah-olah itulah pandangan terakhir nya. Dia tidur memeluk saya tidak seperti biasa. Selepas menghantar ke rumah babysitter, seperti biasa saya ke pejabat.
Sekitar jam 2.30 petang , suami datang ke pejabat dan memaklumkan Arwah berada di bahagian kecemasan Hospital Ipoh dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setiba sahaja di hospital saya sempat bertanya kepada babysitter, apakah yang terjadi sebenarnya..

Sekitar jam 2.00 petang, ketika mahu memandikan arwah, arwah diletakkan atas tilam dan merengek. Baabysitter ke dapur sebentar dan arwah senyap. Babysitter memanggil nama arwah. Ternyata senyap. Cepat-cepat dia ke tempat arwah diletakkan. Ketika tu arwah mengalami sawan, dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.Panik. Cepat-cepat bawa ke bahagian kecemasan hospital Ipoh.

Doktor di hospital berkenaan memberikan bantuan dengan harapan arwah akan sedar masa itu. Tapi, tiada perubahan. Sehinggakan doktor mengesyaki ada berlaku pendarahan otak. Brain CT scan dijalankan dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan berlaku dikepala dan perlu dibedah dengan segera. Mahu atau tidak, setuju atau tidak saya terpaksa membenarkan pembedahan dijalankan keatas arwah. Alangkah luluh, sedih, risau dan macam-macam perasaan masa tu. Pembedahan otak selesai pada jam 10 malam. Pembedahan berjaya. Tetapi keadaan arwah pada ketika itu stabil. Sempat juga saya bertanya pada doktor, bila pendarahan bermula? Pendarahan bermula 2 hingga 3 minggu sebelum kejadian dan berkemungkinan arwah terjatuh dari tempat tinggi atau terkena hentakan yang kuat.

Pandangan saya pada masa itu..
Adakah Arwah didera?
Jatuh Buai?
Dipukul di kepala?

Macam-macam. Maklumlah pada masa tu itulah satu-satunya anak yang saya ada. Sedih, kecil-kecil dah merasa kesakitan sebegitu. Lemah semangat, tak bermaya pada masa tu. Nak salah kan siapa, nak menuduh siapa? Tak ada bukti. Baby sitter masa tu ada dua orang. Bila ditanya, kedua-dua mengatakam arwah tidak jatuh.

Selesai pembedahan arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU) untuk rawatan rapi.

Hari Pertama
Tiada perubahan. Laporan polis dibuat oleh doktor di unit tersebut. Pada mulanya disyaki penderaan.

Hari Kedua
Tiada perubahan

Hari Ketiga
Masih Tiada perubahan. Doktor akan menjalankan ujian brain death dan sekiranya masih tiada perubahan, mesin akan dimatikan. Allah sahaja tahu betapa sedihnya.

Hari Keempat
Keadaan bertambah teruk. Keluar lelehan cecair merah dan putih. Doktor kata itu menunjukkan otak mencair. Tubuh arwah sejuk, kaku.

Hari Kelima
Keadaan masih tidak berubah. Tiada respon pergerakan anak mata arwah. Memang sedih melihat keadaan arwah pada masa tu. Hati dah mula redha dengan ketentuan Allah SWT. Pada mula nya memang rasa tak percaya dengan apa yang berlaku.

Hari Keenam
Hari pertama Brain test dijalankan. Tetap tiada perubahan. Apa yang difikirkan pada masa tu, apa saja kemungkinan yang terjadi Aku redha.

Hari Ketujuh
Keadaan arwah seperti biasa, tidak ada perubahan. Doktor kata sekiranya tiada perubahan mesin akan dimatikan. Saya dan suami setuju. hanya mengikut. Setuju. Tapi, pada jam 9.15 malam, ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Arwah pergi buat selama-lamanya tanpa perlu mesin dimatikan. Sedih, tapi redha. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali.

Hari Kelapan
Post mortem dijalankan.  Tanda-tanda didera tidak wujud. Tiada kesan lebam pada tubuh arwah. Lapisan bebola mata ada kesan terkoyak yang menunjukkan mmg arwah terkena hentakan yang kuat dan terdapat kesan seperti hentakan kuat pada kepala sahaja.  Punca kematian adalah Severe Head Injury.

Arwah dikebumikan pada hari itu juga. Sehingga hari ini kes masih belum selesai. Saya masih buntu, bingung memikirkan macam mana boleh terjadi. Jatuh kah atau dipukul? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Berserah.


Antara tanda-tanda awal dikesan pada arwah adalah:

1) Letih/ tidak bermaya
2) Kurang tumpuan
3) Manja lebih daripada biasa
4) Kurang aktif
5) Meragam (Biasanya tidak)

Cepat-cepat bawa anak anda ke hospital sekiranya anda nampak anak anda lain dari biasa.
 Saya tahu, tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya.

Link tentang severe head injury.Severe Head Injury
Semoga boleh tambahkan pengetahuan.

08 February 2013

Adik Adam


Lama x update blog ni...
Tetiba rase sedih sangat2..
Semalam dapat berita Adik Ahmad Adam Syukri dah tinggalkan kita semua..
hampir setahun beliau bertarung dengan sakit.
Semoga Keluarga Adik adam tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..
Al - Fatihah....