28 January 2011

Pergi Tak Kembali Lagi...



Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi..



Sedih je kalau benda cam ni jadi kat kita..
Mmg sedih..
Yang pasti setiap orang pasti akan rasa..
Melalui nya..
Sama ada cpt atau lambat je...
Baru2 ni..
Sorang staff kat offis sy..
Baru saje kehilangan ibu die..
Takziah pada keluarganya..
Bersabar la ye....
=)

24 January 2011

HARI2 YANG X SELESA!



Bile cuaca hujan..panas..then hujan balik...
Badan terase panas...
Tekak plak perit..
Deria rasa plak hilang..
Petanda nak demam la ye?
Blog da x update!
FB pon x bukak..
Brukband x bleh pkai wat sementara ni...
Alang-alang dah rase nak terdemam...
Baik kite cite pasal deman..ye x?


Demam ni adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit 
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai 
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi 
tahap ini anda akan disahkan demam.  

Penyebab Demam 
• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, 
cirit birit, denggi, dan HIV.  
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), 
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)  
• Demam malaria  
• Penyakit sendi  
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya  
• Barah 
  
Rawatan 
Rawatan dirumah : 
• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan  
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam 
badan.  
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup  
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.  
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.  
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam 

Bila Perlu Berjumpa Doktor? 
Jika anda mempunyai gejala yang serius : 
• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.  
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.  
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit sendi, atau bengkak-bengkak badan  
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.  
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.  
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.  
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.  
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.  2 
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.  
• Demam berkaitan dengan kecederaan
  
Pencegahan 
• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam  
• Mengamalkan kebersihan .  
• Ambil diet yang seimbang dan sihat.  

Tambahan- minum air 100 plus untuk kurangkan panas dalam badan!

16 January 2011

Baby face?


Keje sy hari ni...
Mula-mula nak pegi amik sampel air kat A'Famosa..
Tp x jadi..
Sbb kenderaan jabatan xade..
Last-last we decide 2 go PD
I mean Ilham Resort..
Hantar sapina..
And kat sekitar Melaka hantar saman..
Salah 1 tempat adalah kat IKBN Alor Gajah..
Kat ofis penyelia asrama..
Ade sorang mak guard nih...
Die tanye pd staff ofis sy ni..sape ktorg..
Die kate muka ktorg ni muka muda..
wah... bangga rasanye..
hahaa
=)
Bile tiba turn sy..
Mak guard ni ckp muka sy baby face..
Wat??!!!!
Ciss ade ke patut ..
Hihi..
Bile pikir balik lantak die la
Awet muda!
Padahal umur da 20 lebih..
X ape...makcik 2 plak ckp die nak slim cam ktorg!
Eii....Mak cik ni..
Ktorg ni anak dara lagi..mmg la body kecik...slim sket!
hihi..
=)
hahaa...
Kelakar la mak cik ni...
Ade ke pikir cam 2..
By the way.... thanks 2 dat makcik..
cos puji i baby face!
hihi...
(^_^)



10 January 2011

Asal Usul Api Di Dunia......

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril      :Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
               untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah :Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril      : Sebesar kurma..
Zabaniah :Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
               akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
               kepanasanya.
Jibril      :Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah :Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di
               dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit
               dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti....
               memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun
               menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke
               dunia.Allah SWT pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar
               ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia.
               Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah
               tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah
               itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam
               sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 .Selepas itu
               Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas
               sebuah bukit yg tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit
               itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api
               tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah
               yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai
               keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapa dll lagi.



PENGAJARAN :


Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Nauzubillah. untuk peringatan bagi yg menghisap rokok dan yg sejenis dgnya bagaimana perasaan anda sewaktu menghisap api neraka itu....
MOGA ada manafaat dari riwayat ini.
Wassalam.

05 January 2011

Buat Hati Yg Ketandusan Cinta...


Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

ihsan-iluvislam...

03 January 2011

2011....


Kite da melangkah ke tahun 2011
Cepatnye masa berlalu..
Usia da meningkat..
(^_^)
Tahun 2010 dah berlalu
Apa yang berlaku masa tu dah tinggal kenangan
Dah tak boleh nak berpatah semula..
btl kn??

Tahun 2011...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada thn ni dan seterusnya..
Murah rezeki..
Thn ni jugak..
Tahun akhir sy..
Sy akan habis belajar..
Insya Allah akan berkhidmat sbgai penjawat awam..
Insya Allah..
(^_^)