27 December 2013

Muhammad Anas Zikri.Dalam Kenangan...


Mengimbau kembali apa yang berlaku sekitar Mei 2012..
Iaitu..
Kes Arwah anak pertama saya (lelaki), Muhammad Anas Zikri ketika berusia 7 bulan. Arwah mmg sentiasa ceria ketika hayatnya, tidak pernah meragam. Memang senang nak dijaga. Berkulit putih kemerah-merahan, sangat aktif.

Saya ada sedikit perkongsian tentang Severe Head Injury.

Cerita bermula... Pada pagi kejadian, sebelum arwah didapati sawan dan tidak sedarkan diri, arwah bangun lewat(sekitar 7.00, sehinggakan dikejutkan) tidak seperti biasa bangun awal sekitar jam 6.00 pagi. Hantar ke rumah pengasuh sekitar jam 7.30 pagi. Dia kelihatan pucat, nampak letih/tidak bermaya, senyap dan hanya memandang sayu dan tepat pada kami. Pandangan saya mmg pelik pada masa tu. Seolah-olah itulah pandangan terakhir nya. Dia tidur memeluk saya tidak seperti biasa. Selepas menghantar ke rumah babysitter, seperti biasa saya ke pejabat.
Sekitar jam 2.30 petang , suami datang ke pejabat dan memaklumkan Arwah berada di bahagian kecemasan Hospital Ipoh dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setiba sahaja di hospital saya sempat bertanya kepada babysitter, apakah yang terjadi sebenarnya..

Sekitar jam 2.00 petang, ketika mahu memandikan arwah, arwah diletakkan atas tilam dan merengek. Baabysitter ke dapur sebentar dan arwah senyap. Babysitter memanggil nama arwah. Ternyata senyap. Cepat-cepat dia ke tempat arwah diletakkan. Ketika tu arwah mengalami sawan, dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.Panik. Cepat-cepat bawa ke bahagian kecemasan hospital Ipoh.

Doktor di hospital berkenaan memberikan bantuan dengan harapan arwah akan sedar masa itu. Tapi, tiada perubahan. Sehinggakan doktor mengesyaki ada berlaku pendarahan otak. Brain CT scan dijalankan dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan berlaku dikepala dan perlu dibedah dengan segera. Mahu atau tidak, setuju atau tidak saya terpaksa membenarkan pembedahan dijalankan keatas arwah. Alangkah luluh, sedih, risau dan macam-macam perasaan masa tu. Pembedahan otak selesai pada jam 10 malam. Pembedahan berjaya. Tetapi keadaan arwah pada ketika itu stabil. Sempat juga saya bertanya pada doktor, bila pendarahan bermula? Pendarahan bermula 2 hingga 3 minggu sebelum kejadian dan berkemungkinan arwah terjatuh dari tempat tinggi atau terkena hentakan yang kuat.

Pandangan saya pada masa itu..
Adakah Arwah didera?
Jatuh Buai?
Dipukul di kepala?

Macam-macam. Maklumlah pada masa tu itulah satu-satunya anak yang saya ada. Sedih, kecil-kecil dah merasa kesakitan sebegitu. Lemah semangat, tak bermaya pada masa tu. Nak salah kan siapa, nak menuduh siapa? Tak ada bukti. Baby sitter masa tu ada dua orang. Bila ditanya, kedua-dua mengatakam arwah tidak jatuh.

Selesai pembedahan arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU) untuk rawatan rapi.

Hari Pertama
Tiada perubahan. Laporan polis dibuat oleh doktor di unit tersebut. Pada mulanya disyaki penderaan.

Hari Kedua
Tiada perubahan

Hari Ketiga
Masih Tiada perubahan. Doktor akan menjalankan ujian brain death dan sekiranya masih tiada perubahan, mesin akan dimatikan. Allah sahaja tahu betapa sedihnya.

Hari Keempat
Keadaan bertambah teruk. Keluar lelehan cecair merah dan putih. Doktor kata itu menunjukkan otak mencair. Tubuh arwah sejuk, kaku.

Hari Kelima
Keadaan masih tidak berubah. Tiada respon pergerakan anak mata arwah. Memang sedih melihat keadaan arwah pada masa tu. Hati dah mula redha dengan ketentuan Allah SWT. Pada mula nya memang rasa tak percaya dengan apa yang berlaku.

Hari Keenam
Hari pertama Brain test dijalankan. Tetap tiada perubahan. Apa yang difikirkan pada masa tu, apa saja kemungkinan yang terjadi Aku redha.

Hari Ketujuh
Keadaan arwah seperti biasa, tidak ada perubahan. Doktor kata sekiranya tiada perubahan mesin akan dimatikan. Saya dan suami setuju. hanya mengikut. Setuju. Tapi, pada jam 9.15 malam, ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Arwah pergi buat selama-lamanya tanpa perlu mesin dimatikan. Sedih, tapi redha. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali.

Hari Kelapan
Post mortem dijalankan.  Tanda-tanda didera tidak wujud. Tiada kesan lebam pada tubuh arwah. Lapisan bebola mata ada kesan terkoyak yang menunjukkan mmg arwah terkena hentakan yang kuat dan terdapat kesan seperti hentakan kuat pada kepala sahaja.  Punca kematian adalah Severe Head Injury.

Arwah dikebumikan pada hari itu juga. Sehingga hari ini kes masih belum selesai. Saya masih buntu, bingung memikirkan macam mana boleh terjadi. Jatuh kah atau dipukul? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Berserah.


Antara tanda-tanda awal dikesan pada arwah adalah:

1) Letih/ tidak bermaya
2) Kurang tumpuan
3) Manja lebih daripada biasa
4) Kurang aktif
5) Meragam (Biasanya tidak)

Cepat-cepat bawa anak anda ke hospital sekiranya anda nampak anak anda lain dari biasa.
 Saya tahu, tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya.

Link tentang severe head injury.Severe Head Injury
Semoga boleh tambahkan pengetahuan.

08 February 2013

Adik Adam


Lama x update blog ni...
Tetiba rase sedih sangat2..
Semalam dapat berita Adik Ahmad Adam Syukri dah tinggalkan kita semua..
hampir setahun beliau bertarung dengan sakit.
Semoga Keluarga Adik adam tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..
Al - Fatihah....

12 May 2012


Makin Bertambah tahun..
Makin Bertambah usia kita..
Makin besar cabaran hidup..
Makin luas pengalaman hidup..
Makin besar tanggungjawab kita..
& makin luas pemikiran kita..


Hargailah apa yang kita terima..
Syukurilah segala nikmat yg di kurniakan Allah SWT...

29 April 2011

cerita di Giant!

Selepas sepanjang hari penat lelah menghadiri kursus kebakaran dan keselamatan kat balai bomba.. Jam 5.32 pm sy bertolak ke Muar dari Melaka. Dengan keadaan badan yang letih, sakit perut bertolak ke Muar hantar sapina untuk kes makanan... Selepas selesai urusan penghantaran sapina 2, terus bertolak balik dan singgah kat Pasaraya Besar Giant ****. Ronda-ronda, window shopping, makan aiskrim & singgah di 1 kedai CD... nampak seorang pak cik ni menjual makanan...baju lusuh sikit, bawak beg plastik berisi makanan. karipap, bihun boreng n mee goreng... kami yang ada kat situ perhatikan pakcik ni...mmg setiap kedai akan beli kuih, makanan yang dia jual. last2 pak cik 2 jual makanan kat kami.. beli & makan la...murah tapi mmg sedap..  Muka pak cik 2 bersih. pakai songkok.. bertanda kat dahi (yg tunjukkan org rajin solat). bila ditanya, kat mana rumah die, die kate die duduk dkt masjid 2... tgk2 balik masjid ngan Giant 2 agak jauh jgk jarak die.. terdetik dalam hati.. rajinnye pakcik ni... cari rezeki cara yang halal.. semoga Allah permudahkan urusan pak cik 2... murahkan rezeki die.. Aminnn........

08 February 2011

Isu Semasa: BANJIR

Musim Hujan==> Hujan Turun Tanpa Henti==> BANJIR

Apakah itu banjir?
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
     - Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
     - Guna tandas yang sempurna
     - Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

28 January 2011

Pergi Tak Kembali Lagi...



Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi..



Sedih je kalau benda cam ni jadi kat kita..
Mmg sedih..
Yang pasti setiap orang pasti akan rasa..
Melalui nya..
Sama ada cpt atau lambat je...
Baru2 ni..
Sorang staff kat offis sy..
Baru saje kehilangan ibu die..
Takziah pada keluarganya..
Bersabar la ye....
=)

24 January 2011

HARI2 YANG X SELESA!



Bile cuaca hujan..panas..then hujan balik...
Badan terase panas...
Tekak plak perit..
Deria rasa plak hilang..
Petanda nak demam la ye?
Blog da x update!
FB pon x bukak..
Brukband x bleh pkai wat sementara ni...
Alang-alang dah rase nak terdemam...
Baik kite cite pasal deman..ye x?


Demam ni adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit 
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai 
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi 
tahap ini anda akan disahkan demam.  

Penyebab Demam 
• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, 
cirit birit, denggi, dan HIV.  
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), 
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)  
• Demam malaria  
• Penyakit sendi  
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya  
• Barah 
  
Rawatan 
Rawatan dirumah : 
• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan  
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam 
badan.  
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup  
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.  
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.  
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam 

Bila Perlu Berjumpa Doktor? 
Jika anda mempunyai gejala yang serius : 
• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.  
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.  
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit sendi, atau bengkak-bengkak badan  
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.  
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.  
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.  
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.  
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.  2 
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.  
• Demam berkaitan dengan kecederaan
  
Pencegahan 
• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam  
• Mengamalkan kebersihan .  
• Ambil diet yang seimbang dan sihat.  

Tambahan- minum air 100 plus untuk kurangkan panas dalam badan!