31 December 2010

Penghabisan Tahun 2010-->31 Disember 2010



if 2010+1=2011, so 21+1=22...
jika 2010+1=2011, maka 21+1=22...

Tambah lagi 1...
Dah masuk tahun baru, 2011
umur sy pon da 22 tahun..
=)

Sy abiskan tahun 2010 sy ngan housemate sy..
Fifa...
Gi cuci mata kat Dataran Pahlawan..
Mahkota Perade...
Area bandar hilir...
Frust x dapat nak balik kg..
Tiket abis....
Stress ngan bende2 kat ofis...
Jadi, kami ber2 amik kesempatan ni untuk kuar jalan2 naik bas ke Melaka Bandaraya Bersejarah..
Sambil-sambil tengok Selat Melaka, tempat-tempat bersejarah...
Cuci mata.. boleh tahan jugak...

 Muka frust...x dapat balik kg
Termenung jap pikir family kat kg..

Sempat lg amik gambar ngan gitar Pak Cik kat Kota Belanda..
amik gambar, at the same time kene ushar ngan tuan punye gitar..
malu giley mase 2..
cpat2 blah dr tempat 2..

 Ni plak kat area tugu kat Kota Belanda..
Time lewat ptg..
Sgt2 best ngan angin yg sepoi2 bahasa...
Sejuk mata memandang..
Nampak Selat Melaka dari atas bukit..

 Ni plak still kat Kota Belanda..

Sempat lg amik gambar mase trun dri Kota Belanda.
turun anak tangga yg agak curam 2..
silap2 buleh jatuh..



Kat dataran pahlawan..
Saat2 terakhir before blah dri bandar melaka..
Hope lepas2 ni boleh g tempat2 yang lain plak..
Tu pon kalau ade kesempatan..
Praktikal pun cam dah keje...
Nak keluar jalan2 pun dah xsempat..
Harap-harap lpas ni boleh berjalan2 kat tempat lain..
=)



30 December 2010

Aku Kena Kuat!

Tinggal lagi 5 bulan nak abis posting..
dalam masa 2 bulan kat sni, mcm2 benda jadi..
Bila pikir2 balik ape yang jadi 2 ada hikmahnya..
orang2 kat sni x berapa suka kehadiran pelajar yang bernama PELATIH
Biasa la 2...dah jadi adat kan?

Macam mana pun aku kena kuat!
Kena tahan sabar!
Kena tahan mental da fizikal!
Kena kuat segala-galanya..
=)
Aku tau, aku sedang diuji..
sape yang boleh tahan dengan dugaan cam ni..
 manusia. bila dah rasa x suka dengan seseorang..
mcm la orang akan cakap kn?
xape la...
Kita masih belajar(praktikal)
masih dalam proses menuntut ilmu
biarla ape yg org lain nak kata..
asal hati mau belajar..
ye x?

Pada kawan2 yg tgh posting..
hope korang semua boleh tahan bila diuji dengan benda2 mcm ni.
thats all...!
jumpe dilain entry ye..
smile sokmo
=)
-tata-

29 December 2010

Tomato oh tomato!



  • Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?
  • Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
  • Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
  • Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :                                                                      
                  * Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu
                     badan
                  * Melancarkan perjalanan darah
                  * Menghalang pembengkakan dan keradangan
                  * Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus,
                     anti kanser dan pelindung 
kepada alahan
                  * Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan
                     salur darah


sape yg nak sihat, nak cantik makan la tomato... =)

27 December 2010

KICAP PEKAT BERPERISA CICAK..?



unik nye ye?
ade cicak dalam kicap..
benda nih sy jumpa kat tenet.newspaper ****
sekali tgk x rase pape..
dah berkali2 cam geli plak nak makan kicap..


cerita selanjutnya.....

KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.
"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


27th December 2010

Dah lama x buat entry baru..
huhu...
sy busy sket & tak berape sihat la..
xde mood gak nak on lappy..
:)

18 December 2010

Family Day PKD @ Zoo Melaka

Family day PKD
18 December 2010
@ zoo Melaka

Bunyi cam gempak je kn?
By the way special thanks to En Azmil
coz beriaya ajak sy n member sy join skali..
Event cam 2 bagus kn?.. 
cam bagus!
wah..tapi becoz of event ni involve ramai sgt2 family..
secara jujurnya mmg crowded sgt
byg kann... melibatkan staff kesihatan 1 daerah..
2 belum semua lg yg join..
aim nak mengeratkan siraturrahim 2 mmg x tercapai la..
masing2 buat ha sendiri..
yg mane kenal je tegur..
x nampak cam 1 family..
by da way yg best tuh tgk binatang je..
best tgk binatang dr tgk org..
pas 2 ktowg g jalan2 kat PC Expo..
kami hanya menumpang je kat sni..
just tgk saje..
nak komen lebih2 x boley la kn..
2 je entry untuk kali ni..
masa mencemburui sy..
hihi..
tyme tdo..
bye..
=)

17 December 2010

Amalan 'Asyura'

->sy ade sket info nak share...sy jumpe mase sy bace i luv islam...pasal Amalan Asyura..hope info ni dapat bg kite sket maklumat..kadang2 kite lupa or x tw pasal ni...


Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan:
Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.
1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam